IMPORTANT NOTICE
Respected Isuzu customers,
We would like to bring to your immediate attention that the SLD calibration and programming for Isuzu vehicles must be completed by 31 December 2026, in accordance with the extended deadline set by the Road Transport Department of Malaysia (“JPJ”).
Customers who have not yet completed the required SLD calibration are strongly advised to make appointment with and visit any of the nearest Isuzu Authorized Dealers as soon as possible to arrange for calibration job to be carried out. You are strongly discouraged from waiting until the final month or weeks of the deadline, as this may result in increased demand, service congestion and insufficient time to complete the mandatory calibration job.
Kindly ensure that your vehicle’s SLD calibration is completed within the stipulated period to avoid potential enforcement action, summons, penalties, fines or other consequences imposed by the relevant authorities. Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. shall not be liable for any delay in carrying out the SLD calibration and shall not be responsible for any enforcement action, summons, penalties, fines or other consequences imposed by JPJ, Traffic Police or other relevant authorities arising from customer’s failure to complete the SLD calibration within the stipulated period (ie. 31 December 2026).
Do not wait until the last minute, please arrange your SLD calibration with our nearest Isuzu Authorized Dealers today.
NOTIS PENTING
Pelanggan Isuzu yang dihormati,
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa kalibrasi dan pemprograman peranti pengehad kelajuan (SLD) bagi kenderaan Isuzu mesti diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2026, selaras dengan lanjutan tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (“JPJ”).
Pelanggan yang masih belum menyelesaikan kalibrasi SLD yang diperlukan amat disarankan untuk membuat janji temu dan mengunjungi mana-mana pengedar sah Isuzu yang terdekat secepat mungkin bagi membolehkan kerja kalibrasi dilaksanakan. Anda dinasihatkan supaya tidak menunggu sehingga bulan atau minggu terakhir sebelum tarikh akhir yang ditetapkan, kerana peningkatan permintaan dan kesesakan di pusat servis boleh menyebabkan masa yang tidak mencukupi untuk menyelesaikan kerja kalibrasi yang diwajibkan.
Sila pastikan kalibrasi SLD kenderaan anda diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan kemungkinan tindakan penguatkuasaan, saman, penalti, denda atau akibat lain yang dikenakan oleh pihak berkuasa berkaitan. Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam pelaksanaan kalibrasi SLD dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan penguatkuasaan, saman, penalti, denda atau akibat lain yang dikenakan oleh JPJ, Polis Trafik atau pihak berkuasa berkaitan akibat kegagalan pelanggan menyelesaikan kalibrasi SLD dalam tempoh yang ditetapkan (iaitu 31 Disember 2026).
Jangan tunggu sehingga saat akhir, sila buat janji temu untuk kalibrasi SLD kenderaan anda dengan pengedar sah Isuzu yang terdekat hari ini.






